Ahad, 16 September 2012

Fakhruldin al-Razi Bapa Kedoktoran

FAKHRULDDIN AL-RAZI–BAPA KEDOKTORAN

- Al Razi dan Kedoktoran
    Semenjak mula lagi beliau telah dipandang tinggi dan dihormati dengan kepentingan beliau mengeluarkan idea-idea baru yang tidak terputus dari pemikiranya yang luas dan sifatnya yang berani berterus-terang di dalam kebenaran.
Beliau dianggap sebagai doktor Islam yang paling terkemuka, bapa kedoktoran Arab, Galionus Arab, maha guru di bidang kedoktoran dan doktor genius di bidang klinik. Kerana itulah terdapat ungkapan yang menyatakan bahawa kedoktoran ini mati dan dihidupkan oleh Galinous, ianya bercerai-berai sehinggalah dikumpulkan oleh Al Razi dan ianya berada dalam kekurangan sehinggalah disempurnakan oleh Ibn Sina. Seseungguhnya sehingga kurun ke 17 beliau masih dianggap sebagai “Hujjah al Tib” di Eropah. Beliau disifatkan oleh ulamak-ulamak dan doktor-doktor Eropah sebagai cendikiawan yang berpegang kepada penelitian yang mendalam dan ujikaji yang menyeluruh sehingga membolehkan sehingga sekarang ini setiap eksperimennya dianalisa dan diuji mengikut cara moden.
Diriwayatkan ketika mana Khalifah Harun Al Rashid ingin membina Hospital Al Mansuri di Baghdad, maka telah dicalunkan seramai 50 orang temasuk Al Razi sebagai dokornya. Ketika ujian dijalankan untuk memilih 10 orang sahaja Al Razi telah berjaya terpilih sebagai salah seorang darinya. Ketika dipiih 3 orang beliau juga merupakan salah seorang darinya sehinggalah beliau merupakan calun tunggal yang berjaya dipilih. Diriwayatkan juga sebelum hospital tersebut dibina, beliau mengantungkan potongan daging dimerata tempat di bandar dan ditinggalkan beberapa hari. Akhirnya beliau telah memilih tempat daging yang paling kurang kesan busuknya untuk membina hospital Al Mansur.
Al Razi tidak kekal lama di Baghdad. Beliau akhirnya kembali semula ke Rai untuk mengetuai hospitalnya sendiri. Beliau telah melantik Al Mansur bin Ishak untuk menggantikanya di Baghdad.
Majlis Al Razi
Disifatkan bahawa beliau seorang yang bertubuh dan berkepala besar. Ketika berada di majlisnya beliau akan di kelilingi oleh pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid kepada anak murid pelajarnya.
Pergaulan Al Razi dengan pelajar dan pesakitnya
Beliau merupakan contoh di dalam pergaulan.Tidak pernah membezakan antara fakir dan kaya dan sentiasa menyumbangkan makanan-makanan terhadap yang memerlukannya.
     Sumbangan dan karya Al Razi di bidang Kedoktoran.
Beliau sentiasa mengikuti perkembangan pemikiran semasa lebih-lebih lagi di dalam bidang klinik kedoktoran. Beliau telah menjelaskan jenis tiap penyakit, puncanya, sifat-sifat, cara merawatnya dan mendatangkan beberapa andaian. Beliau telah menentukan penyakit demam panas dan taun. Beliau merupakan orang pertama membezakan penyakit colitis dan memulas perut dan antara cacar dan campak. Beliau telah menulis sebuah risalah yang terbahagi kepada 14 bahagian dan dianggap sebagai tinggalan terbaik di dalam ilmu kedoktoran Islam. Di dalam risalahnya itu beliau telah menjelaskan mengenai campak dan cacar dan menerangkan hubungan bintik-bintik merah dengan peningkatan suhu panas. Beliau meambah lagi bertapa perlunya pemeriksa dilakukan ke atas hati, denyutan jantung, proses pernafasan dan lain-lain.
Al Razi merupakan orang pertama menggunakan sebatian plumbum di dalam memproses krim dan menggunakn usus binatang ketika menjahit luka-luka. Beliau telah menguji ubat yang telah siap diproses kepada binatang sebelum digunakan oleh pesakit. Beliau juga telah mensifatkan penggunaan simim plaster di dalam merawat penyakit patah.
Karya-karya Al Razi yang penting
Ensklopedia kedoktoran “Al Hawi” yang ditulis di dalam 10 jilid dan mempunyai 24 rencana. Ianya dianggap sebagai rujukan terpenting di kurun pertengahan, buku ini telah sempurna diterjemahkan ke bahasa Latin selepas kematian beliau oleh seorang Yahudi, Faraj b. Salim atas arahan Charles of Ango, raja Secili pada tahun 678 H/ 1279 M. Buku terjemahan ini telah diterbitkan atas nama Ad Mansorum.
“Al Fusul”, yang merupakan buku pandangan beliau secara individu. Ianya dipenuhi dengan kajian-kajian yang bermutu, nasihat yang bernilai dan teristimewa kerana ketelitian disudut analisanya.
“Al Majriyyat”, merupakan buku karanganya di sudut kedoktoran di awal kehidupanya di Baghhdan.
“Manafiu al Aghziyyah”, buku yang telah ditulis di dalam 19 bab yang membahaskan kemudaratan dan kemanfaatan roti, air, minumam (mabuk dan tidak mabuk), daging, ikan, susu, buah-buahan. Rempah ratus dan manisan.
“Al Tib Al Mansur”, yang telah ditulis di dalam 10 jilid. Di dalamnya beliau telah mensifatkan pembahagian manusia disudut pisiologi, penyakit di dalam dan kesihatan. Buku ini juga telah dihadiahkan kepada Al Mansur bin Ishak. Buku ini telah diterjemahkanke bahasa Latin dengan nama Continens dan dicetak beberapa kali.
Al Razi dan Kimia
Diriwayatkan beliau telah berjaya menguasai ilmu kimia dan membolehkan menukarkan sisa-sisa galian kepada emas, Ibn Khalkan menceritakan bagaimana AL Razi telah menulis buku besar menceritakan rahsia-rahisa ciptaan ilmu kimia dan dihadiahkan kepada Khalifah Al Mansur. Khalifah telah menghadiahkan kepadanya 1000 dinar sambil menyumbangkan alat-alat dan kelengkapan agar melaksanakan apa yang telah beliau tulis. Apabila usaha-usaha beliau tidak berjaya untuk menukar galian menjadi emas, khalifah telah memerintah agar beliau telah dipukul dengan kitabnya sehingga menyebabkan kitabnya itu hancur. Perubatan ini menyebabkan mata Al Razi menjadi buta dan waktu tersebut telah dihabiskan dengan membuat pembetulan didalam karya-karyanya.
Al Razi telah menghasilkan karya-karya di dalam ilmu kimia seperti “Khowasu al Asyak” dan “Sirru al Asrar”, antara sumbangan beliau yang lain ialah menghasilkan alkohol, asid dan cuba menentukan timbangan beberapa jenis jirim.
Al Razi dan Falsafah
Mengikut pendapat, beliau telah berguru dengan Al Balkhi dan falsafahnya pula diambil dari pendapat Alplaton dan Aclidus. Beliau banyak terpengaruh dengan Socrate dan Galinous tetapi akhirnya beliau telah merasa syak dan menghasilkan buku “Al Syukuk’ ala Galinous”. Al Razi juga menulis buku “Al Mabahis Al Syarqiah fi llmi al llahiyyat wa al Tobi’ iyyat” yang mana membahaskan pendapat-pendapat disudut kedoktoran dan falsafah yang wujud di zamannya.
Beliau telah menghasilkan 224 karya berbentuk buku dan risalah. Ulama-ulamak telah melebihkan Al Razi di bidang kedoktoran dari Ibn Sina tetapi melebihkan pula Ibn Sina di bidang falsafah.


Sumber asal
http://najahudin.8m.com/tokoh.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan