Khamis, 21 Jun 2012

Biografi Fakhruddin Al-razi



Riwayat Hidup



Nama lengkap Imam Fakhruddin Ar-Razi yaitu pengarang Tafsir Al-Kabir yang terkenal ini adalah Shaikh Al-Islam Muhammad bin Umar bin bin Al-Hasan At-Tamimy Al-Bakry Al-Qurasyi At-Tibristani Ar-Razi Asy-Syafi’i Al-Asy’ari, ini adalah seperti yang di sebut Sheikh Manu ul Al-Quttan, terdapat sedikit perbedaan dengan apa yang di tulis Al-Marhum Dokter Muhammad Husain Az-Zahaby dalam karyaannya yaitu Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Al-Husain bin Al-Hasan bin Ali At-Tamimy Al-Bakry At-Tibristani Ar-Razi, seorang yang di gelar dengan Faqruddin. Imam Fakhruddin terkenal dengan gelaran Ibnu Khatib Al-Ray Asy-Syafi’i Al-Faqih, Ayah beliau ternyata seorang ulama yang terkenal di zamannya yang bergelar Sheikh Al-Khatib Ar-Ray sahabat Imam Al-Bughawi yang berketurunan Amir Al-Mukminin Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A., Khalifah Umat Islam yang pertama, beliau di lahirkan pada 25 Ramadhan di kota Ray (Tehran, ibu kota Iran sekarang ini) pada tahun 543 Hijrah, meninggal dunia pada 606 Hijrah di Herah, sebagaimana yang disebut oleh As-Subki.
Imam Fakhruddin ar-Razi memiliki Ilmu agama dan Umum, Pakar dalam Ilmu Kalam (Teolog), Mufassir, Mantik dan Falsafah, jelas dalam kitab ilmu Kalam bahwa beliau memiliki kitab –kitab ilmu tersebut sehingga beliau dimusuhi oleh ahli-ahli falsafah yang hidup di masanya. kitab –kitab tersebut menjadi tempat rujukan bagi orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli Falsafah Islam. Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi ulama usul Fiqh. sehingga apabila mereka mengutip pandangan beliau mereka berkata dalam karangan mereka : “berkata Imam , atau disisi Imam , apabila mereka berkata “Imam”, tanpa menyebut nama selepas daripadanya maka yang di maksudkan ialah Imam Fakhruddin ar-Razi . B. Pendidikan Imam Fakhruddin ar-Razi memulai belajar ilmu dari ayahnya, Al-Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat Imam Bughawi oleh kerena itulah di kemudian hari Imam Fakhruddin ar-Razi di gelar sebagai ibnu Khatib ar-Ray, di nisbah kepada nama ayahnya.
Imam Fakhruddin ar-Razi belajar ilmu dari ayahnya sampai ayahnya meninggal dunia, kemudian beliau belajar dengan sebagian ulama di kota ar-Ray, beliau belajar ilmu Hikmat, Kalam dan Fiqh dengan Majdidin Al-Jaili seorang yang amat terkenal pada zamannya, mengutip ilmu dengan Majdi–Din mengambil masa yang sangat lama sehingga tiada terdapat pada zamannya yang lebih hebat dari beliau, dan adalah majlis ilmunya sangat hebat, sosok beliau sangatlah dimuliakan orang ramai sehingga pemerintah sangat memuliakan beliau. Berkata Ibnu Khalkan (yaitu murid Imam Fakhruddin ar-Razi), bahwa Imam Fakhruddin ar-Razi menulis dalam karangannya yang bernama Tahsil Al-Haq, belajar dengan tekun ilmu Usul (Usul disini bermaksud Ushuluddin yaitu ilmu Tauhid /Kalam) dengan ayahnya Dhiya Al-Qur’an-Din Umar, dan ayahnya belajar dari Abi Al-Qasim Sulaiman Bin Nasir Al-Ansari dan beliau belajar dari Imam Al-Haramain Abi Ma’ali Al-Juwaini, dan beliau belajar dengan Al-Ustaz Abi Ishaq Al-Isfiraiyaini dan beliau belajar dengan Al-Syeikh Abi Al-Husain Al-Baahili dan beliau belajar dengan Syeikh As-Sunnah wal Jamaah Abi Al-Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari ( Imam abu Hasan Asy’ari ) dan Imam abu Hasan Asy’ari belajar ilmu dengan ayah tirinya Ali Al-Jubba’i Al-Mu’tazili (seorang Imam pada Madhab Mu’tazilah) pada permulaannya kemudian beliau kembali kepada monolong madzhab Ahli Sunnah wal Jamaah, setelah peristiwa perdebatan beliau dengan Sheikh Al-Jubbai. Adapun dalam memperdalami ilmu Madhab (Fiqh) pula, beliau belajar dari ayahnya, dan ayahnya belajar dari Abi Muhamad Al-Husain bin Mas’ud Al-Farra’ Al-Baghawi, AL-Farra’ pula belajar dari Al-Qhadi Hussin Al-Marwazi, dan Al-Qhadi Hussin pula belajar dari Al-Qaffal Al-Marwazi, manakala al-Qaffal belajar dari Abi Yazid Al-Marwazi, yang mana dia belajar dari Ali Abi ‘Abbas bin Rabah, Abi ‘Abbas pula belajar dari Abi Al-Qasim Al-Anmaathi, dan beliau belajar dari Abi Ibrahim Al-Muzani, yang mana Al-Muzani belajar dari Al-Imam Asy-Syafi’i R.A.
Dikatakan bahwa Imam Fakhruddin ar-Razi menghapal kesemua karangan Imam al-Haramain dalam Ilmu Kalam, kemudian beliau menuju ke negeri Khawazim, pada masa ini beliau telah mahir dalam pelbagai disiplin ilmu, lantaran beliau di sini, telah berlaku peristiwa pertukaran Madhab dan pegangan Ilmu Kalam di kalangan penduduk. kemudian beliau berpindah ke negeri berdekatan , disini berlaku lagi peristiwa yang sama semasa beliau di Khawazim, kemudian beliau kembali ke negeri asal beliau Ar-Ray, dan adalah di Ar-Ray pada masa ini seorang dokter perubatan yang mempunyai kehidupan yang mewah, beliau mempunyai dua orang anak perempuan, manakala Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai dua orang anak laki-laki, apabila si dokter sakit dan yakin bahwa beliau akan mati lantaran sakitnya itu beliau menikahkan kedua orang anak beliau itu dengan dua anak Imam Fakhruddin ar-Razi kemudian Imam Fakhruddin ar-Razi menjadi pengurus kesemua harta benda tersebut.




SUMBER ASAL

1 ulasan: